
'eh cikgu dah datang cepat duduk..
ketua kelas dengan bangganya 'SELAMAT PAGI CIKGU'
dan dijawab dengan ikhlasnya 'SELAMAT PAGI SEMUA'
sekolah..
hei saya rindu kat awak
saya rindu nak bangun pagi-pagi sebab nak jumpa awak
saya rindu nak bawak beg berat-berat pergi kat awak
saya rindu nak makan kat kantin
nak jadi budak comot, tak suka pergi sekolah sebab malas gosok baju
ibu bagi rm5 duit belanja. sehari boleh habis,
makan sotong goreng, air teh O ais, makan nasi ayam, roti goreng
makan choki-choki dalam kelas
ingat lagi, tengah belajar mathematics
aku tak suka subjek math. paling benci sekali sejak kejadian itu
cikgu tengah mengajar didepan
aku main-main kat belakang dengan RAFID ROSLI.
aku cakap bapak dia babi, dia cakap bapak aku babi jugak
and the last aku jatuh kerusi sebabkan dia.
cikgu marah aku.
aku sorang kena. nana gelakkan aku. tak tolong aku pun haha.
tapi comel. dah form5 jatuh kerusi.
paling kelakar jatuh depan sekolah dengan ZIANA LATIF dan NASUHA NASIR selamat dari kejadian malang itu.
masa tu balik sekolah, didepan pagar kami jatuh
malunya. nan lah dah jatuh ajak aku jatuh sekali.
aku rindu nak lumba lari, pergi toilet, aku rindu semuanya tentang sekolah.
kan best,
masa berhenti semasa aku darjah 1.
semua ibu uruskan. dari atas sampai bawah.
buku sekolah, bangun je dah siap.
tak payah pening nak fikir pasal masa depan, dunia, duit.
sebab aku milik ibu masa itu.

masa ni darjah 3.
last berak dalam seluar darjah 4 :D
dan sebab kejadian tu lah, aku berhenti terus sekolah agama haha.
